BALIK PULAU: Penduduk di Teluk Kumbar di sini meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar membatalkan perancangan pembinaan asrama pekerja warga asing berkapasiti lebih 7,000 orang di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar Prof Muhammad Idiris Saleh berkata projek yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda dan berkeluasan 0.83 hektar itu telah mendapat kebenaran merancang.
Bagaimanapun, beliau berkata kira-kira 32,000 penduduk dan pemimpin politik setempat sebulat suara membantah projek pembinaan asrama warga asing itu kerana dikhuatiri akan mengancam kehidupan masyarakat tempatan.
"Kami telah nyatakan pendirian secara terbuka kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow menerusi perjumpaan semalam dan beliau memaklumkan bahawa pihaknya akan menyemak semula perkara ini kerana kelulusan projek itu bersyarat, malah Penilaian Impak Sosial (SIA) juga bersyarat dan akan lakukan perbincangan dengan pihak berkaitan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Muhammad Idiris berkata sekiranya keputusan kerajaan negeri tetap ingin meneruskan projek itu, penduduk juga mengulangi pendirian untuk membantah dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan projek terbabit dibatalkan.
"Kami mendesak kerajaan negeri agar membatalkan segera projek pembinaan asrama setinggi 27 tingkat itu dan memilih lokasi lain yang lebih hampir dengan kawasan perindustrian kerana ia lebih sesuai," katanya.
Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah projek pembinaan asrama pekerja warga asing itu kerana ia bakal menimbulkan banyak masalah termasuk kesesakan lalu lintas, budaya dan kepadatan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Muhammad Idiris menunjukkan lakaran kawasan yang bakal dibangunkan asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar. - Foto Sinar Harian
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing
Muhammad Idiris berkata, projek yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda itu telah mendapat kebenaran.
Penduduk terus bantah bina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar
Antara peserta perhimpunan yang hadir bagi membantah pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, pada Sabtu.
Mayat warga Nepal ditemui dengan kesan kelar di pergelangan tangan
Polis turut menemui sebilah pisau pada jarak kira-kira tiga meter dari mayatnya.
Wanita warga Nepal ditahan sembunyikan mayat bayi
Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam di atas katil asrama berkenaan.
Polis tingkat pemantauan asrama pekerja asing dikuarantin
Polis meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan asrama pekerja asing bagi memastikan mereka tidak melanggar arahan kuarantin.